Be Our Voice Run - Terima Kasih!

Street Animals Rescuers Association ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir pada hari ini. Kehadiran dan penyertaan anda adalah sangat bermakna buat SARA kerana ini merupakan program SARA but julung kalinya dan tanda sokongan anda semua amatlah bermakna kepada kami dalam misi membantu dan menyelamatkan haiwan jalanan di Bintulu. Melalui Be Our Voice 5KM Charity Run ini, kami berjaya meraih RM23,000 dan kami sudahpun mula menggunakan untuk membantu haiwan-haiwan yang memerlukannya.
SARA telah menganjurkan Be Our Voice Run untuk meraih dana bagi kes-kes pemandulan kucing. Profit yang SARA dapat dalam program ini telahpun dimanfaatkan sepenuhnya untuk program TNR kucing serta membayar kos-kos perubatan haiwan-haiwan yang mendapatkan rawatan di klinik. Dengan cara ini, kebajikan kucing dan anjing Bintulu dapat dijaga secara seimbang.
Kami percaya, sekiranya program TNR ini dilaksanakan secara besar-besaran dan secara meluas dalam jangka beberapa tahun ini, bilangan anjing dan kucing jalanan pasti dapat dikawal. Saya menyeru agar masyarakat memandang serius perkara ini dan boleh bekerjasama dalam menjayakan program ini.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan event yang sudi bekerjasama menjayakan program ini iaitu The Spring Bintulu, JCI Tanjung Kidurong, Kementerian Belia & Sukan Bintulu, dan Mr Francis Ngu Hown Hua. Tidak dilupakan juga kepada para penaja yang memberikan sokongan padu iaitu YB Johnny Pang dari GPS, SUPP, PDP, Bintulu Port Sdn Bhd, Oil Town Signcraft, Bearing Parts, Sartop Corporation, Alwi Technologies Communication, Shell Medan Jaya, Koza Ventures, Momawater, Parkcity Everly Hotel, Dr JW Aesthetics, Lions Club Kemena , Tabas CafĂ©, TJ Engineering, Celebrate Us Event Planner, Bobalab Bintulu, Farley, Robert T 1994 Optical Parkcity Mall Branch, D Bazaar, Mdm Judy Ling and Miss Esther Hii dan Mr Sulaiman dari Ambulance My Littlehouse Playschool Childcare Centre Bintulu. Tidak dilupakan juga tenaga kerja di belakang tabir iaitu ahli-ahli SARA yang sanggup turun padang dan menyumbang tenaga demi menjayakan program ini serta misi menyelamat haiwan sepanjang masa, Team HYPEnergy Fitness yang sudi mengetuai senamrobik, Public Sound System yang memberikan servis mantap, serta Pasukan PDRM dan marshall E-Scooter yang membantu menjaga lalu lintas dan keselamatan peserta pada hari ini. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan. 



Comments

Popular posts from this blog

26 MAC 2022