Rescue 6 Jan 2022
6 JAN 2022
Kes Miri
Owner call,
kata husband nak buang mereka di Kuala Baram..
Hanya kerana mereka selalu korek lubang di celah pagar rumah dan nak
keluar.. Anjing-anjing ini tidak dimandulkan.. Mana tidak anjing ini nak keluar
merayau? Mengapa tidak mahu mandulkannya? Ya, saya marah owner itu tadi. Saya
paling pantang kalau dengar perkataan "buang". Di manakah
perikemanusiaan owner ini? Tiada rasa
sayang walaupun sudah bertahun menjaga mereka?! Nak tak nak, saya terpaksa
susahkan saudara seperjuangan saya Muhd Iskandar Abdullah untuk bantu anjing
ini, kerana dia sajalah harapan kami. Sekarang, Iskandar dalam perjalanan untuk
mengambilnya. Minggu depan, akan dibawa untuk dimandulkan. Di sini, saya dengan
rendah dirinya ingin memohon sedikit sumbangan untuk mandulkan anjing ini. Sekurang-kurangnya, ia tak perlu beranak lagi
selepas ini. Iskandar akan menjaganya.. Kos untuk pemandulan di Miri, dalam
RM250 ke RM300 seekor, bergantung kepada berat.. Jadi untuk dua ekor, dalam
RM600. Jika ada yang berminat untuk membantunya, boleh hubungi saya di
01119375286. Bantuan dari anda amatlah saya hargai. Senarai penderma akan
disertakan dlm post ini. Terima kasih semua.
Comments
Post a Comment